Sunday 26 June 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama Kelas                             : Prasekolah Seri Bintang                              Umur             : 6 tahun
Bil. Kanak-kanak                     : 25 orang                                                   Masa               : 8.30-9.30 pagi
Tarikh                                      : 23 Jun 2011
Komponen                              : Bahasa dan Komunikasi
Aktiviti                                    : (a) Bercerita menggunakan bahasa yang mudah.
                                                 (b) Melakonkan watak.
                                                 (c) Bersoal jawab menggunakan bahasa yang mudah.
Tema                                       : Buah-buahan
Subtema                                  : Buah-buahan tempatan.
Fokus MI                                : (a) Menjawab soalan dengan tepat dan kreatif
                                                 (b) Mengkategori dan mengenalpasti
Hasil Pembalajaran                  : 2.2.1 Mengemukan soalan dengan menggunakan intonasi yang betul.
                                                 2.2.2 Menjawab soalan dengan tepat.
                                                 2.2.3 Menjawab soalan secara kreatif.
 2.4.1 melakonkan watak-watak menggunakan bahasa yang sesuai untuk menghidupkan   watak tersebut.
Pengetahuan Sedia Ada          : (a) Kanak-kanak pernah melihat dan merasa buah-buahan.             
                                              : (b) Kanak-kanak mengetahui sebahagian daripada nama buah-buahan.
Penerapan Nilai                      : (a) Bersyukur
                                                (b) Menjaga kebersihan
Bahan                                      : Kaset, radio, carta lagu, kad perkataan dan gambar, buah-buahan sebenar    dan plastik
  serta plastisin.
Penggabungjalinan                  : Pranombor, prasains dan pergerakkan motor halus.

LANGKAH
ISI
STRATEGI
SUMBER / BAHAN
CATATAN
Set Induksi
( 8 minit )
Senikata Lagu
‘ Buah Mempelamku”
  • Kanak-kanak menyanyikan lagu dengan bimbingan guru.
  • Kanak-kanak menyanyi mengikut senikata pada carta lagu.
  • Guru memainkan pita rakaman tersebut.
·         Carta lagu
·         Kaset
·         Radio

MI :
·         Muzik dan pergerakkan
·         Bahasa dan Komunikasi

Langkah I
( 11 minit )
Nama buah-buahan tempatan dan bercerita mengenai buah-buahan tersebut.
Contoh :
  • Durian
  • Rambutan
  • Manggis
  • Ciku
  • Guru menunjukkan kad gambar dan perkataan kepada murid dan mengeja bersama-sama.
  • Bersoal jawab dengan bahasa yang mudah dan menggalakkan murid bercerita.
  • Kad gambar



  • Kad perkataan
Penggabungjalinan :
a)      Bahasa dan komunikasi
b)      Perkembangan kognitif
MI :
Prasains dan bahasa.

Langkah II
( 11 minit )
Menerangkan ciri-ciri buah-buahan tempatan kepada murid.
Contoh :
  • Ciri - bentuk
             - warna
  • Guru menunjukkan beberapa contoh buah-buahan sebenar dan plastik kepada murid.
  • Murid disuruh mengenalpasti, menyentuh dan merasa.
  • Buah-buahan sebenar.
  • Buah-buahan palstik.

Langkah III
( 11 minit )
Membaca beberapa ayat yang mudah.
Contoh Ayat :
 Ini buah rambutan.
 Kulitnya berbulu dan berwarna     merah dan kuning.
 Isinya sangat manis.
  • Kanak-kanak disuruh melakonkan watak menjadi buah-buahan tersebut.
  • Kad gambar mengandungi gambar buahan di gantung dileher murid dan mereka bercerita apa saja mengenai buah-buahan.
  • Kad gambar

Langkah IV
( 11 minit )
Kanak-kanak membentuk rupa buah-buahan yang mereka gemari.
Guru menyuruh murid membentuk buah-buahan yang mereka gemari menggunakan plastisin.
  • Plastisin.
Penggabungjalinan :
  • Perkembangan fizikal ( motor halus – mata dan tangan )
  • Perkembangan kognitif
Penutup
( 8 minit )

Menjaga kebersihan dan menyatakan buah-buahan adalah baik untuk kesihatan.
Guru menerangkan kepada murid tentang kebaikan makan buah-buahan kerana ia baik untuk kesihatan.

Penerapan Nilai :
  • Menjaga kebersihan
  • Bersyukur










Dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah kami sediakan, kami telah menyediakan satu contoh rancangan pengajaran harian & slot bagi RPH tersebut berdasarkan P&P yang dilakukan kepada kanak-kanak Prasekolah.
Untuk menjadi guru yang kreatif dan kritis dalam melaksanakan pengajarannya, seorang guru itu haruslah mengetahui kaedah dan teknik yang sesuai untuk sesi P&P. Ini bagi mencapai objektif seperti yang di rancang dalam RPH yang di sediakan. Kepentingannya adalah untuk memudahkan pengajaran iaitu isi pengajaran menjadi lebih tersusun dan mudah untuk memahami apa yang disampaikan oleh guru. Jika teknik yang dipilih bersesuaian maka ia boleh menarik perhatian murid di dalam kelas. Kumpulan kami telah 3 teknik dan kaedah pengajaran yang sering di laksanakan di prasekolah.
Berdasarkan RPH yag telah kami sediakan teknik pertama yang dilaksanakan oleh guru adalah teknik bercerita. Pada langkah pertama guru memperkenalkan nama buah-buahan tempatan dengan teknik bercerita. ABM yang digunakan untuk membantu guru untuk menjayakan P&P tersebut ialah kad gambar dan kad perkataan. Tujun guru menggunakan teknik bercerita adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira sekaligus ia boleh melatih murid menguasai kemahiran mendengar terutama kepada kanak-kanak prasekolah. Biasanya kanak-kanak dalam lingkungan umur 6 tahun berminat untuk mendengar cerita.
Dalam teknik bercerita ini misalnya bagi tema Buah-Buahan, untuk menerangkan ciri-ciri buah-buahan tersebut guru boleh mengemukakan soalan dan ia dapat mengembangkan daya imiginasi mereka. Dalam teknik bercerita ini juga guru boleh menunjukkan gerak-geri secara semulajadi contohnya, guru menyatakan rasa buah limau ada yang manis dan ada yang masam melalui mimik muka bagaimana rasa buah itu.
            Teknik kedua ialah teknik simulasi. Dalam teknik ini secara tidak langsung ia merupakan kesinambungan melalui teknik becerita. Biasanya hanya terdapat dua jenis simulasi yang di gunakan oleh guru untuk mengjar iaitu sosiodrama dan main peranan. Berdasarkan RPH yang telah di sediakan kami telah merancang aktiviti simulasi (main peranan) seperti yang terdapat dalam langkah 3. Dalam langkah 3 murid disuruh melakonkan watak menjadi buah-buahan. Kad gambar di gantung dileher dan mereka akan melakonkan watak buah tersebut di hadapan kelas. Mereka bebas bercerita apa sahaja berdasarkan watak mereka dihadapan kelas. Dalam lakonan tersebut mereka boleh menggunakan pergerakan kreatif disamping menggunakan bahasa yang mudah untuk berdialog. Melalui aktiviti ini kanak-kanak sekurang-kurangnya dapat mengukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan. Kaedah ini meningkatkan kefahaman dan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.
            Teknik ketiga pula ialah teknik bermain iaitu belajar melalui bermain. Tennik ini amat sesuai bagi kanak-kanak prasekolah yang mana pada peringkat umur ini, biasanya kanak-kanak tidak boleh menerima input yang terlalu banyak dari guru, tetapi ia boleh di selitkan melalui permainan. Bermain adalah suatu kaedah mengajar yang memberi peluang kepada kanak-kanak melakukan aktiviti di bawah keadaan yang terkawal.
            Berdasarkan RPH tersebut, kami telah menyelitkan unsur belajar melalui bermain pada langkah ke empat dimana kanak-kanak di suruh membentuk buah-buahan yang mereka gemari dengan menggunakan plastisin. Bagi kanak-kanak prasekolah, aktiviti ini adalah aktiviti yang sesuai kerana pada peringkat umur ini, kanak-kanak sememangnya tidak suka untuk di kawal pergerakannya dan oleh yang demiakian adalah penting bagi guru prasekolah memikir dan menyediakan aktiviti permainan yang secara tidak langsung boleh membantu mereka untuk belajar dan meningkatkan kemahiran / perkembangan fizikal mereka (koordinasi mata dan tangan). Contohnya, dalam aktiviti membenuk buah-buahan menggunakan plastisin, kanak-kanak boleh meningkatkan kemahiran moto halus mereka dengan menggentel dan menguli plastisin. Disamping itu menyelitkan unsur KBKK dimana mereka berfikir bagaimana untuk membentuk rupa buah-buahan yang sukar di bentuk seperti buah durian (berduri). Guru boleh menentukan akiviti bermain tersebut sama ada di lakukan secara individu atau berkumpulan.

            Kesimpulannya daripada ketiga-tiga teknik mengajar tersebut adalah amat sesuai untuk di aplikasikan di prasekolah. Di ia boleh menarik perhatian murid guru juga akan merasa mudah untuk mengajar dan mencapai objektif atau hasil pembelajaran pada tempoh pengajaran tersebut.